Melaka United berjaya lengkapkan penswastaan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Melaka United menjadi antara 12 pasukan yang sudah melengkapkan proses penswastaan kelab bola sepak (FC) bagi saingan Liga Malaysia tahun depan.

Perkara itu disahkan badan induk bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan semalam.

Selain Melaka United, pasukan lain yang sudah melengkapkan penswastaan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Kesemua 12 pasukan itu berjaya melengkapkan penswastaan lebih awal sebelum tarikh akhir yang ditetapkan FAM iaitu pada 30 September 2020.

Menurut kenyataan sama, terdapat tiga pasukan kini berada dalam proses melengkapkan penswastaan tersebut iaitu Selangor, Kelantan dan Felda United FC, manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kedah kini berada di fasa pertengahan proses.

Paling membimbangkan ialah pasukan PDRM, UiTM FC dan UKM FC yang kini masih berada di fasa awal proses penswastaan FC yang mana ketiga-tiga pasukan itu telah diberi surat peringatan terakhir.

Untuk rekod, pasukan yang gagal melengkapkan proses penswastaan FC tidak akan diterima untuk menyertai pertandingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) jika layak, serta pertandingan domestik iaitu Liga Super dan Liga Premier musim 2021.

FAM turut menekankan bahawa tiada tarikh lanjutan bagi melengkapkan penswastaan tersebut dan ia k

Views:

291
Kongsi :
Previous post Bandaraya Melaka Bersejarah ‘top 10’ Kempen We Love Cities
Next post Arca keris bersinar di bulatan Alor Gajah
Ubah saiz-+=