
RM95,000 bantu baik pulih, bina rumah penduduk susah
SERKAM 23 Julai – Sebanyak RM 95,000 diperuntukkan bagi kerja baik pulih dan membina rumah baharu untuk empat penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.
Setiausaha JAPERUN DUN Serkam, Roslan Abdul berkata peruntukkan itu diberi menerusi Program Kemasyarakatan Pusat Giat Mara Negeri di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Katanya, sebanyak tiga rumah penduduk dibaiki zink dan beberapa kerosakan lain dengan peruntukkan masing-masing RM13,000 telah diluluskan.
“Manakala seorang lagi penduduk di Kampung Paya Tanjung diberikan RM56,000 untuk membina sebuah rumah baharu kerana keadaan rumah yang didiami kini terlalu uzur.
“Untuk membaiki rumah, ketiga-tiga penerima adalah dari Kampung Seri Minyak, Kampung Tedong dan Kampung Tedong Barat,” katanya.
Menurut Roslan, kesemua penerima peruntukkan baik pulih dan bina rumah baharu itu dijangka akan siap pada tahun ini juga.
Baru-baru ini, lawatan telah diadakan ke empat buah rumah terpilih sebelum kerja-kerja baik pulih dan pembinaan dimulakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
