
Bantu permohonan bantuan pusat tahfiz – KM
SERKAM 27 Sept. – Pusat Tahfiz Ribat Syeikh Ismail Al-Jailani menerima lawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, hari ini.
Ia sempena lawatan Ketua Menteri ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bagi bertemu masyarakat di kawasan tersebut.
Ketibaan Sulaiman di pusat tahfiz itu diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan.
Pada lawatan itu, Sulaiman menyarankan supaya jabatan atau agensi kerajaan negeri tidak menyekat pusat tahfiz untuk memohon sebarang bantuan.
“Kita perlu mudahkan urusan untuk memberi kelulusan permohonan bantuan kepada pusat-pusat tahfiz ini,” katanya pada lawatan ringkas tersebut.
Pada masa sama, Sulaiman turut menyalurkan sumbangan peribadinya buat pusat tahfiz tersebut.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘MUAFAKAT MELAKA’ JADI PENYATUAN PN, BN DAN NGO
BUKIT KATIL 30 Oktober - Muafakat Melaka yang dilancarkan bagi menyatukan kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN)...
PRN MELAKA: BUKAN IGAUAN, KEMENANGAN PN-BN DALAM JANGKAUAN – AHMAD SAMSURI
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai peluang yang mampu dicapai dalam...
PRN MELAKA: PN SETUJU SERAH KERUSI BANDAR HILIR KEPADA MCA
BUKIT KATIL 30 Oktober - Perikatan Nasional (PN) bersetuju memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri...
‘USAHA SAYA HARI INI DEMI KESELESAAN GENERASI MELAKA AKAN DATANG’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 30 Oktober - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bermula hari...
PRN MELAKA: PN PERKENAL LIMA CALON, SATU LAGI DIUMUM KEMUDIAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima calon daripada enam kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: DR. YADZIL KEKAL PERTAHAN DUN BEMBAN
BUKIT KATIL 29 Oktober - Dr. Mohd Yadzil Yaakub bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya...

