
126 mangsa banjir, kebakaran terima saguhati
PAYA RUMPUT 9 Ogos – 128 mangsa banjir dan kebakaran dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sumbangan saguhati daripada pihak Japerun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, daripada jumlah itu 126 penerima adalah dalam kalangan mangsa banjir manakala dua lagi membabitkan kes kebakaran rumah.
Katanya, penerima adalah penduduk sekitar Taman Rambai Utama, Batu 7 Tanjung Minyak, Kampung Bukit Datok A, Taman Rambai Jaya dan Kampung Sungai Air Hitam A.
“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan saguhati kepada mangsa-mangsa bencana alam dalam DUN Paya Rumput.
“Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kesemua penerima.
“Japerun Paya Rumput sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib mangsa berkenaan, kami cakna dengan kesukaran terpaksa mereka tempuhi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya 4 Ogos lalu.
Views:
Related


Berita Lain
GAGASAN ‘MESRA’ TOK RAOP SANTUNI 450 MAHASISWA ANAK MELAKA
SERI BENDAHARA 11 Mac - Seramai 450 mahasiswa anak jati Melaka daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bersama...
LEBIH 5,000 PARKIR PERCUMA SELAMA SEMINGGU DI ALOR GAJAH
AYER KEROH 11 Mac - Inisiatif parkir percuma selama tujuh hari yang diumumkan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri membabitkan sebanyak lebih...
KERAJAAN TIDAK ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI, HADKAN LAWATAN LUAR NEGARA MENTERI – ANWAR
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena...
TENANG LEPAS LAFAZ SYAHADAH DI USIA 60 TAHUN
KOTA LAKSAMANA 11 Mac - Ramadan tahun ini membawa makna tersendiri buat seorang warga emas apabila dapat melalui bulan mulia...
HARGA RON95 KEKAL RM1.99 SELITER, BEKALAN MINYAK NEGARA CUKUP SEHINGGA MEI INI – PM
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada paras...
DUN AYER KEROH BAKAL MILIKI GELANGGANG PICKLEBALL ‘HARGA RAKYAT’
AYER KEROH 11 Mac - Sebuah dewan terbuka yang dilengkapi gelanggang 'pickleball' bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
