
Anjur PST secara mingguan
REMBIA 9 Ogos – Pasar Segar Terkawal (PST) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka diharap, diadakan setiap minggu bagi membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berharap PST dapat direalisasikan dan dilaksanakan secara berterusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata, PST dilihat mampu membantu pengguna berdepan krisis kenaikan harga barangan.
“Penganjuran sebelum ini menerima sambutan amat menggalakkan daripada pengguna dan berlangsung penuh meriah, ini menandakan ia perlu dilaksanakan berterusan.
“Dalam masa sama ia mampu mempromosikan produk penduduk kampung dan memperkasa aktiviti pertanian, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA: MENGGILAP WARISAN SEMAKIN PUDAR
TANJUNG BIDARA 15 September - Berlangsung selama tiga hari, Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 sebenarnya sarat dengan mesej tersirat iaitu...
NORSAADAH LINCAH TUNGGANG JET SKI
TANJUNG BIDARA 15 September - Menjaga aurat dari hujung kepala hingga ke hujung kaki termasuk berniqab langsung tidak membataskan kelincahan...
23 PEGAWAI PENGIRING BERSIAP SIAGA SAMBUT VIP WTD & WTC 2025
AYER KEROH 15 September – Seramai 23 pegawai pengiring di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Melaka akan ditugaskan sepanjang Hari...
EDISI PERTAMA DAH GEMPAK, KERETAPI SARONG JADI ACARA TAHUNAN MELAKA
BANDA HILIR 15 September - Program Keretapi Sarong yang menjadi antara acara tahunan peringkat kebangsaan sempena Hari Malaysia bakal diangkat...
BERMALAM DI MUZIUM HANG TUAH, UBAH PERSEPSI SERAM
DUYONG 15 September - Program Bermalam di Muzium 2025 melabuhkan tirainya semalam setelah dua hari berlangsung dengan penglibatan 31 cawangan...
RAKYAT MELAKA JADI DUTA KECIL, SAMBUT TETAMU ‘DUNIA’
TANJUNG BIDARA, 14 September – Kerajaan Negeri mengajak seluruh rakyat Melaka menjadi duta kecil negeri dengan menyambut tetamu melalui penyediaan...