
Lelaki melecur di tangan, lima penghuni lain selamat
BUKIT PIATU 19 Ogos – Empat buah rumah di Bukit Piatu yang terbakar malam tadi menyebabkan seorang daripada enam penghuninya cedera.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Cheah Wei Liang, 43 melecur di bahagian lengan kiri ketika cuba menyelamatkan barang peribadi milik ibu dan kakaknya.
Bagaimanapun lima lagi penghuni rumah yang berusia lebih separuh abad itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wei Liang berkata, dia yang sedang berehat dirumahnya tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan jiran yang memaklumkan ada kebakaran.
Menurut juruteknik itu, dia yang bergegas keluar kemudian terlihat, kediaman bertentangan dengan rumah didudukinya yang terletak bersebelahan rumah ibunya terbakar.
“Waktu itu api sudah marak, manakala ibu serta kakak sempat keluar menyelamatkan diri dan ketika saya cuba masuk untuk selamatkan barangan peribadi mereka, badan terkena percikan api.
“Api amat besar dan kemudiannya merebak ke rumah yang lain. Tiada satu pun barangan rumah mereka termasuk dokumen peribadi dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MEDIA IBARAT ‘TEMBOK’ DI SEBALIK KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Di sebalik pelbagai kejayaan dikecap Melaka sepanjang tiga tahun ini, berdirinya sosok pengamal-pengamal media yang...
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
