Sorting by

×

Empat rumah terbakar, enam penghuni hilang tempat tinggal

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT PIATU 19 Ogos – Empat buah rumah di Bukit Piatu, di sini, musnah dalam kebakaran menyebabkan enam penghuninya tinggal sehelai sepinggang, dalam kejadian malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu seorang lelaki berusia 43 tahun cedera manakala lima lagi penghuni rumah berusia lebih separuh abad terselamat.

Pegawai Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 malam.

Katanya,  tiga buah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Melaka Tengah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, seramai 34 pegawai termasuk anggota terbabit dalam operasi pemadaman.

“Ketika jentera tiba keadaan api tengah marak dan struktur rumah berkembar separuh kekal menyebabkan api merebak dengan cepat.

5134F180-DED6-405A-945D-EE44208EF1FB
Antara empat buah rumah di Bukit Piatu terbakar malam tadi. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke rumah ke lima dan seterusnya dalam masa kira-kira 11 minit.

“Tiga rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi musnah kira-kira 30 peratus,”katanya.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1549
Kongsi :
Previous post Toh Puan Zurina selamat dikebumikan
Next post Lelaki melecur di tangan, lima penghuni lain selamat
Ubah saiz-+=