
Remaja 13 tahun antara 18 ditahan disyaki curi kenderaan
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata modus operasi kesemua lelaki berusia 13 hingga 42 tahun itu adalah menyasarkan kediaman dan tempat letak kenderaan awam antara 4 hingga 8 pagi.
“Antara kenderaan yang menjadi sasaran adalah motosikal jenama Yamaha dan Honda manakala kereta jenis Perodua Viva dan Toyota Hilux.
“Suspek didapati menggunakan alat pemutar skru yang diubahsuai berbentuk T, satu kunci induk serta pelumpuh dengan memfokus kepada kenderaan yang tiada kunci tambahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini hari ini.
Ahsmon berkata seorang daripada lelaki itu didapati memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI
AYER KEROH 2 Mei - Isu kenaikan caj parkir di Pasar Borong Batu Berendam yang sebelum ini didakwa membebankan selesai...
PELUANG BERMANJA DENGAN HAIWAN COMEL, EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 2 Mei - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
‘SIFU’ SENI KAYU ASAHAN
ASAHAN 2 Mei - Individu ini memilih untuk tidak terlalu menonjol dan bersikap merendah diri meskipun kemahiran dimiliki bukan calang-calang...
MELAKA BELA KEBAJIKAN OKU, ANAK AUTISME
AYER KEROH 2 Mei - Kerajaan Negeri terus memperkasa kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya kanak-kanak autisme, menerusi pelbagai...
ELRICK PEMUDA ORANG ASLI KEBANGGAAN ASAHAN
ASAHAN 2 Mei - Anak Orang Asli ini membuktikan dengan tekad dan kesungguhan, semua mampu berjaya dalam apa jua bidang...
MINI ZOO TARIKAN BAHARU KAMPUNG BUKIT SENGGEH
ASAHAN 2 Mei – Pembangunan mini zoo di Kampung Tersusun Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Kampung Bukit Senggeh dijangka menjadi...
