
Konsert Rakyat Melaka tampilkan 8 artis sepanjang zaman
BANDA HILIR 25 Ogos – Penganjuran konsert muzikal ‘Konsert Rakyat Melaka’ 3 September ini memeriahkan lagi Ulang Tahun Kelahiran Yang Di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73.
Penganjur, yang juga pemilik Jojo Events Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir berkata, persembahan itu bakal menampilkan lapan artis terkenal sepanjang zaman seperti ‘Papa Rock’ atau Ramli Sarip, Ratu Rock Ella, Alleycats, Datuk DJ Dave, Datuk Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor.
Katanya, persembahan juga bakal membabitkan kumpulan rock retro, Kugiran Masdo selain gandingan hebat suami isteri, Syamel dan Ernie.
Menurutnya, penganjuran konsert itu bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
“Lebih menarik persembahan itu nanti akan diiringi 13 orkestra daripada Institut Warisan Melaka, sekali gus memberikan kelainan dan kepuasan kepada penonton.
“Kami jangka antara 3,000 hingga 4,000 penonton akan hadir menyaksikan persembahan konsert itu nanti,” katanya.
Beliau berbesar hati kerana dapat mengumpulkan nama-nama besar dalam industri hiburan dibawah satu bumbung, di Melaka selain tiket konsert dijual pada harga antara RM60 sehingga RM110.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR SEMAKIN RELEVAN, BELA NASIB RAKYAT MEMERLUKAN
GADEK 16 April - Penganjuran Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki edisi ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek,...
‘HEBAT’ DEKATKAN RAKYAT DENGAN PEMIMPIN, PERMUDAH PENYELESAIAN ADUAN
SERI NEGERI 16 April - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) terus menjadi platform berkesan...
PENYELENGGARAAN SEKOLAH LAMA JADI KEUTAMAAN – EXCO
SERI NEGERI 16 April - Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan sekolah terus terjamin, khususnya apabila melibatkan risiko...
ADUAN BERKURANG BUKTI KECEKAPAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 16 April – Penurunan jumlah aduan rakyat bukan sekadar angka, sebaliknya menjadi petunjuk jelas kepada keberkesanan usaha berterusan...
ALHAMDULILLAH REZEKI TUNAI HAJI BERSAMA ISTERI
TANJUNG BIDARA 16 April - Menunaikan fardu haji bersama suami atau isteri sememangnya menjadi impian buat semua pasangan Muslim dan...
SURESH ‘BAPA’ SILAMBAM MELAKA
ASAHAN 16 April - Kegigihan anak kelahiran Nyalas dalam memartabatkan seni bela diri silambam terbukti apabila beliau kini berjaya melatih...
