
COVID-19: Aktiviti Kerajaan Melaka ditangguhkan serta-merta
AYER KEROH 1 Okt. – Semua aktiviti kerajaan negeri ditangguhkan serta merta berkuatkuasa hari ini susulan penularan COVID-19 membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Amirudin Yusof.
Perkara itu disahkan sumber dalaman kerajaan negeri melalui memo ringkas dihantar ke Melaka Hari Ini (MHI) pada petang ini.
Melalui memo itu, semua program membabitkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Negeri ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan kelak.
MHI tengah hari tadi melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri melakukan operasi nyah cemar di kompleks pentadbiran Kerajaan Melaka.
Menurut Pengarah JBPM Melaka Abu Obaidat Mohamad, proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan kerajaan negeri.
Sementara itu, tinjauan Melaka Hari Ini di bangunan pentadbiran kerajaan negeri mendapati segala urusan membabitkan kerajaan negeri dihentikan sementara waktu dan hanya akan disambung pada esok.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO
BANDARAYA MELAKA 22 Ogos - Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation - CIMIC) bagi memberi...
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
