
Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan
KUALA LUMPUR, 10 September – Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.
“Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.
“Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan pada hari ini.
Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 Sept lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SEBAGAI ‘KOTA KESIHATAN’, PUTRA 2 DAN BRAIN & SPINE HOSPITAL DIBINA DI AYER KEROH
AYER KEROH 13 Februari - Keunggulan Melaka sebagai hab kesihatan serantau diperkasakan lagi dengan pembinaan Hospital Putra 2 dan Brain...
BIBIT KEMESRAAN KETUA MENTERI SANTUNI ORANG PAYA LUBOH
PANTAI KUNDOR 13 Februari - Bibit kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat jelas terpancar di Kampung Paya Luboh apabila Ketua...
MELAKA TUBUH BOMBA KOMUNITI DI SEMUA PPR
PAYA RUMPUT 13 Februari - Semua Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini akan mempunyai pasukan bomba komuniti sebagai inisiatif...
7 ‘BLACK SPOT’ KEMALANGAN, 10 ‘HOTSPOT’ KESESAKAN DIKENAL PASTI DI MELAKA
AYER KEROH 13 Februari – Polis Melaka mengenal pasti 10 lokasi ‘hotspot’ kesesakan dan tujuh ‘black spot’ kemalangan di laluan...
TAHUN BAHARU CINA: ETS SEDIA 12 TRIP LALUAN JB-KL-JB DI STESEN BATANG MELAKA
ASAHAN 12 Februari - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menambah enam lagi trip perjalanan menjadikan 12 trip keseluruhan sempena musim perayaan...
MPHTJ RAIH 27 ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025
AYER KEROH 12 Februari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Khas sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) 'Paling...

