
Bajet 2023: Sektor pelancongan turut terima tempias
KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih daripada 15 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM47.6 bilion pada tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi menggalakkan kerajaan menyediakan insentif sebanyak RM25 Juta dengan menawarkan diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100.
Katanya, ia termasuklah tawaran dalam aspek penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni.
“Hotel di Malaysia wajar memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan kraf tangan di negara ini.
“Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraf tangan dengan kos pembelian RM500,000.
“Kerajaan akan menumpukan kepada pelancong bernilai tinggi daripada segmen pasaran khusus atau ‘niche market segment’ seperti ekopelancongan, sukan golf dan skuba serta konvensyen antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambahnya, bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan, RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DAPUR ROBOH, ZULKIFLEE SEGERA SANTUNI KELUARGA TERJEJAS
TABOH NANING 27 Oktober – Kejadian bahagian dapur rumah yang roboh di Kampung Sungai Buloh, di sini, mendapat perhatian penyandang...
PLKN 3.0 DICADANG DIPERLUAS KE INSTITUSI TVET AWAM, SASAR 100,000 PESERTA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Peluasan Fasa 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerusi Modul Kenegaraan ke institusi Pendidikan...
TVET 2.0 PERKUKUH BAKAT, KOMPETENSI TENAGA KERJA HINGGA 2035
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Kerajaan memperkukuh transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pembangunan TVET 2.0 bagi...
INISIATIF DAYA TAHAN KOMUNITI MBMB RAIH PENGIKTIRAFAN KEBANGSAAN
AYER KEROH 27 Oktober - Inisiatif memperkukuh daya tahan komuniti terhadap ancaman perubahan iklim membuahkan hasil apabila Majlis Bandaraya Melaka...
HUBUNGAN KEKELUARGAAN BN KOTA MELAKA TERUS KUKUH
TELOK MAS 27 Oktober - Kehadiran pimpinan utama MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain pada pelancaran jentera pilihan...
REKOD KHIDMAT LIMA TAHUN JADI ‘SANDARAN’ TOK AJAK
TELOK MAS 27 Oktober - Rekod perkhidmatan selama lima tahun menjadi sandaran buat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman untuk...
