
13 doktor dari Kelantan dihantar bantu hospital di Sabah tangani COVID-19
KOTA BHARU 5 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menghantar seramai 13 doktor ke Sabah bagi membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata kumpulan doktor itu dihantar melalui dua fasa iaitu pada 23 Sept seramai lima orang manakala dalam Fasa II iaitu semalam, seramai lapan doktor telah berlepas ke Negeri Di Bawah Bayu.
“Kumpulan pegawai perubatan yang dihantar ini adalah dari pelbagai hospital di Kelantan. Tujuan mereka dihantar adalah bagi membantu hospital di Sabah menangani masalah pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga berkata sembilan individu yang positif jangkitan virus berbahaya itu di Kelantan, termasuk bayi berusia 17 bulan, kini berada dalam keadaan stabil,
Bagaimanapun, melihat kepada peningkatan kes harian yang tinggi pada masa ini, JKNK meminta orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN, PAS SEPAKAT GERAK KERJA, KONGSI MANIFESTO SAMA – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Barisan Nasional (BN) dan PAS di Melaka mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta berkongsi...
‘JELITA’ BANTU HAMPIR 5,000 WANITA BINA KERJAYA
DURIAN TUNGGAL 29 Oktober - Hampir 5,000 wanita dan siswi kini memiliki kerjaya sendiri hasil daripada inisiatif JELITA sejak diperkenalkan...
BALAU PECAH 3 REKOD, KINI BURU TAKHTA ASEAN
BANDA HILIR 29 Oktober - Kejayaan memenangi tiga pingat emas dengan memecahkan rekod pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026...
PRN MELAKA: BN, PAS SEPAKAT GERAK KERJA, KONGSI MANIFESTO SAMA – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Barisan Nasional (BN) dan PAS di Melaka mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta berkongsi...
ISTERI TPM, TOK HAMEED SANTUNI ANAK ISTIMEWA AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Oktober - Lebih 150 anak istimewa dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dihimpunkan menerusi Majlis Ramah...
MAIM SALUR RM36,300, SEDIA 11 KOMPUTER UNTUK 9 SRA JAIM
AYER KEROH 28 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM36,300 bagi menyediakan 11 unit komputer kepada sembilan Sekolah...
