
SPRM tahan bekas KPSU
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas ketua penolong setiausaha (KPSU) sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah melibatkan satu tender kementerian berkenaan.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berumur 42 tahun itu kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
“Suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender bagi membekalkan baja di kementerian terbabit.
“Tender tersebut difahamkan diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
