Sorting by

×

COVID-19: PLUS rekodkan penurunan kenderaan keluar masuk Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 6 Okt. – Pelancong ke Melaka dilihat kurang memberangsangkan menerusi data dikongsikan PLUS Malaysia Bhd (PLUS), dipercayai kesan penularan semasa COVID-19 negara.

Menerusi data PLUS Malaysia Bhd (PLUS) yang dikongsikan ke Melaka Hari Ini, ia menunjukkan sedikit penurunan membabitkan aliran keluar masuk traffik ke Melaka

Menurut data yang dikongsi itu, aliran trafik kenderaan keluar masuk ke Melaka sedikit menurun pada hujung minggu lalu iaitu pada 3 dan 4 Oktober berbanding minggu sebelumnya pada 26 dan 27 September 2020.

Menurut jurucakap PLUS, berdasarkan rekod diterima pada 3 dan 4 Oktober sejumlah 41,884 kenderaan yang masuk ke Melaka menerusi Plaza Tol Ayer Keroh, manakala minggu sebelumnya sejumlah 48,047 kenderaan.

“Bagi kenderaan yang keluar melalui Plaza Tol Ayer Keroh pada 3 dan 4 Oktober sejumlah 45,228 kenderaan direkodkan dan minggu sebelumnya sejumlah 51,142 kenderaan.

“Plaza Tol Simpang Ampat pula sebanyak 27,294 kenderaan masuk ke Melaka (3 dan 4 Oktober) dan sejumlah 31,688 pada minggu sebelumnya.

“Manakala kenderaan keluar Melaka sebanyak 27,149 (3 dan 4 Oktober) dan sebanyak 30,143 pada 26 dan 27 September,” katanya.

Katanya, bagi Plaza Tol Jasin pula sebanyak 6,273 kenderaan masuk ke Melaka pada 3 dan 4 Oktober dan sebanyak 7,567 pada minggu sebelumnya.

“Manakala, kenderaan keluar Melaka sebanyak 6,841 pada 3 dan 4 Oktober dan sebanyak 8,391 kenderaan pada 26 dan 27 September lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PLUS sentiasa memastikan setiap penyelia plaza tol memakai pelitup muka serta sarung tangan dibekalkan sepanjang masa terutama dalam urusan wang tunai.

“Kakitangan juga dinasihat menggunakan ‘hand sanitizer’ sebelum dan selepas berurusan dengan pelanggan termasuk penjarakan sosial.

“Orang ramai perlu memastikan baki kad TnGo mencukupi bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, sekali gus melancarkan perjalanan pengguna lebuhraya,” katanya.

Views:

325
Kongsi :
Previous post SPRM tahan bekas KPSU
Next post Tewaskan JDT mampu jadi penawar duka MU
Ubah saiz-+=