
Melaka United tidak layak beraksi Liga Super 2023
KUALA LUMPUR 1 November – Rayuan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) untuk memohon lesen kebangsaan ditolak.
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) Malaysia Football League (MFL) yang membuat ketetapan tersebut, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL Mohamad Yasin Abdullah berkata, pihaknya telah mempertimbangkan rayuan MUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022.
Ia selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.
“Bagaimanapun AB yang bermesyuarat telah membuat keputusan untuk menolak rayuan MUFC memohon lesen kebangsaan.
“Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Hang Tuah tidak layak beraksi dalam Liga Super 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut berdepan hukuman sama ialah Sarawak United FC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DATANG AMBIL BANTUAN SEKOLAH, BAPA 4 ANAK SEBAK DIUMUM MENANG KERETA
LENDU 21 Disember - Seorang bapa tidak menyangka Kedatangannya ke Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita untuk mengambil bantuan persekolahan anak-anak...
BUSANA ARAB ILHAM NENEK BAWA TUAH
LENDU 21 Disember - Cetusan idea nenek, membawa tuah buat Amiza Tun Salmiah Mohamad Sukor, apabila dia diumumkan johan kategori...
MASJID TANAH: KAMPUNG KITA 2026 BERSKALA LEBIH BESAR
LENDU 21 Disember - Lebih mega dan berskala lebih besar tahun depan. Itu perancangan Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita 2026...
BUSANA UNIK KELUARGA NUR SYUHADAH TARIK PERHATIAN TOK RAUF
LENDU 21 Disember - Busana etnik Iban digayakan Nur Syuhadah Abdullah, diumumkan sebagai pemenang utama pakaian menarik yang dipilih sendiri...
MASJID TANAH: KAMPUNG KITA JADI ACARA TAHUNAN
LENDU 21 Disember - Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita akan diangkat sebagai acara tahunan selepas kejayaan edisi sulungnya menggamit kehadiran...
LAHIR PEWARIS KEJAYAAN MASJID TANAH
LENDU 21 Disember - Penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadi satu manifestasi oleh Kerajaan Negeri dalam menghargai seluruh anak-anak...
