Makanan ringan dihasilkan di Melaka terkenal di 28 negara

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TELOK MAS 1 November – Sebuah kilang makanan ringan di Telok Mas, di sini, mengeksport keluaran produknya sebanyak 80 peratus ke 28 buah negara berbanding hanya 20 peratus bagi pasaran domestik.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pencapaian itu, sekali gus membawa nama Melaka sebagai negeri yang terkenal untuk tujuan pelaburan mahupun perdagangan.

“Kilang ini merupakan sebuah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang telah berjaya mengeksport barangnya ke 28 buah negara.

“Saya difahamkan kilang ini akan mempertingkatkan lagi pasaran domestik mereka sehingga 30 peratus tahun ini, ini satu kejayaan anak Johor bermula daripada minat memasak sehingga mempunyai sebuah syarikat yang boleh dibanggakan di dalam Negeri Melaka.

“Kita melihat pasarannya amat baik sama ada di Hongkong, Jepun, Korea, Vietnam dan banyak lagi negara-negara yang sedang diterokai termasuk di Hawai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kilang berkenaan di Kawasan Perindustrian Telok Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mashitah Ismail dan Pengarah Urusan kilang berkenaan, Yo Bee Kiow.

Tambah Ab Rauf, kilang berkenaan juga berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada semua agensi termasuk SIRIM Berhad (SIRIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berlandaskan sijil halal untuk keluaran Malaysia.

“Saya amat berbangga dengan kilang ini, kitapun selama ini tidak tahu bahawa pasaran yang ada di dalam dunia ini dipelopori daripada kilang ini di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4451
Kongsi :
Previous post Teknologi mekanisasi tangani masalah kekurangan tenaga buruh di ladang
Next post Melaka United tidak layak beraksi Liga Super 2023
Ubah saiz-+=