
Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 528 orang
KOTA KINABALU, 3 Nov – Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal 528 orang daripada 162 keluarga yang masih berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPD) di tiga daerah iaitu Tenom, Beaufort dan Kunak, setakat pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, menempatkan mangsa banjir teramai iaitu 443 orang daripada 139 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS di daerah itu.
Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (214 mangsa, 78 keluarga); dan Kompleks Sukan Tenom (50 mangsa, 15 keluarga).
“Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini,” menurut kenyataan itu.
PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort pula menempatkan 57 mangsa daripada 17 keluarga, manakala Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.
Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri ini hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘ALONG’ MAHU SEDIA TANDAS SELESA UNTUK 24 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 2 November - Keperluan kediaman lebih selesa, kemudahan tandas yang selamat serta isu kepadatan penghuni dalam sesebuah rumah antara...
MAIM AJAK ORANG RAMAI REBUT PELUANG SAHAM WAKAF PEMBINAAN MASJID PULAU BESAR
AYER KEROH 2 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengajak orang ramai merebut peluang menyertai Saham Wakaf Pembinaan Masjid...
PRN MELAKA: AB RAUF LIHAT MELAKA LANDASAN KEBANGKITAN BN KE PUTRAJAYA
TANJUNG BIDARA 2 November - Kestabilan politik di Melaka mahu dijadikan model pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk diperluaskan ke peringkat...
PRN MELAKA: OBOR PERJUANGAN VETERAN MUBARAK TERUS MENYALA
TANJUNG BIDARA 2 November - Usia bukan penghalang kepada barisan veteran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus menyumbang...
PRN MELAKA: AB RAUF BONGKAR RAHSIA TERSIRAT BENDERA UMNO
TANJUNG BIDARA 2 November - Bendera UMNO bukan sekadar lambang parti, sebaliknya mempunyai makna dan tafsiran sejarah yang dikaitkan dengan...
PRN MELAKA: BEKAS WAKIL RAKYAT, VETERAN UMNO GABUNG TENAGA BANTU KEMPEN BN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 2 November - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan veteran UMNO turut menggerakkan usaha kempen Barisan Nasional...
