
Rasa berdosa tak bawa emak pergi mengundi
MERLIMAU 19 November – “Sebagai anak saya menjalankan tanggungjawab untuk membawa mak yang sudah uzur pergi mengundi pagi ini,” kata Hasimuddin Jaafar,60.
Katanya, biarpun usia ibunya Zaleha Nawab sudah menginjak 82 tahun, namun semangat untuk menunaikan kewajipan sebagai warganegara Malaysia perlu dilaksanakan.
“Hari ini saya bawa mak tunai kewajipan dia sebagai pengundi, walaupun dia dalam keadaan tidak sihat tapi dia bersemangat untuk mengundi.
“Awal-awal lagi dia sudah maklumkan saya untuk pergi mengundi, tadi jam 7.30 pagi dia dah call (hubungi) saya suruh bawa ke sini (pusat mengundi).
“Saya sebagai anak rasa berdosa pula kalau tidak tunaikan hasrat mak, sebab itu saya segera ambil dia di rumah dan bawa ke SK Merlimau 1 ini untuk tunaikan tanggungjawab,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG DIGITAL MELAKA BAKAL JADI RUJUKAN ASIA TENGGARA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Inovasi Kampung Digital Melaka yang mentransformasikan kampung tradisional dengan sistem alamat rumah berstruktur berpotensi menjadi...
PRN MELAKA : AKMAL MAHU PENGUNDI MERLIMAU NILAI REKOD PRN LALU
AYER KEROH 25 Oktober – Mahu pengundi menilai rekod sepanjang menjadi wakil rakyat, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berharap kepercayaan...
PRN MELAKA: SITI AISYAH MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN PENGKALAN BATU
AYER KEROH 25 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berhasrat...
PRN MELAKA: AZMAN SEDIA BAWA SUARA RAKYAT SERKAM
AYER KEROH 25 Oktober – Bertekad meneruskan usaha pembangunan dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, Datuk Azman Abdullah bersedia menggalas...
PRN MELAKA: TUMINAH IKRAR BERIKAN KHIDMAT TERBAIK, MAHU PANTAI KUNDOR KEKAL BIRU
AYER KEROH 25 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Mohd hashim bertekad memberikan khidmat...
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN ‘POGHUT’ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
