
Dua remaja maut dalam kemalangan di Lebuhraya Seremban-PD
SEREMBAN, 21 November – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta di KM14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala Seremban malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa yang meninggal dunia ialah penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 19 tahun dan pemboncengnya, remaja perempuan berusia 14 tahun.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan pada 9.30 malam itu berlaku ketika kira-kira 50 motosikal mengekori belakang sebuah kereta di lebuh raya itu.
“Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut lalu menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan. Ekoran itu, tujuh motosikal yang lain yang cuba mengelak telah berlanggar sesama sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata remaja perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja lelaki meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.
Katanya kemalangan itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MIBC HARGAI WARGA KERJA, PERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN
AYER KEROH 10 Ogos - Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) komited memperkukuh jaringan kerjasama dan membuka lebih banyak peluang kepada...
KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA BAWA PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA ‘HANDS-ON’
DURIAN TUNGGAL 10 Ogos - Pendekatan pembelajaran secara langsung yang dilaksanakan pada Karnival Minggu Sains Negara 2026 Zon Selatan mampu...
TOK RAUF ZIARAH KELUARGA MENDIANG PELAKON, BALU MAHU TUNAI IMPIAN SUAMI
REMBIA 10 Ogos - Hasrat mendiang pelakon dan pelawak R. Ramasundran yang pernah membintangi sitkom Spanar Jaya untuk kembali menetap...
PENYERTAAN KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA MENINGKAT SETIAP TAHUN
DURIAN TUNGGAL 10 Ogos - Penganjuran Karnival Minggu Sains Negara semakin menjadi perhatian apabila jumlah penyertaan yang direkodkan pada setiap...
MIHF’26 BANTU 8 USAHAWAN MAIM ‘NAIK KELAS’
AYER KEROH 10 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform lapan usahawan asnaf bimbingan zakat Majlis Agama...
EMPAT BULAN TERAKHIR 2026, KINI MASA BUKTIKAN HASIL – KM
AYER KEROH 10 Ogos - Empat bulan terakhir sebelum 2026 melabuhkan tirainya perlu dimanfaatkan seluruh jentera pentadbiran negeri dan penjawat...

