
MPAG giat laksana kerja pembersihan pasca banjir
ALOR GAJAH 5 Disember – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang sering berlaku banjir.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook baru-baru ini, MPAG memuatnaik hantaran pihaknya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
Menurut pautan tersebut, kerja-kerja pembersihan turut mendapat kerjasama antara MPAG dan pihak pengurusan sisa pepejal (SWM Environment) negeri.
“Pada 3 Disember, kerja-kerja pembersihan pasca banjir dilakukan di Taman Sri Bayu 1 Alor Gajah.
“Tugasan pasca banjir itu dilakukan oleh Jabatan Kebersihan MPAG dengan kerjasama SWM (Environment) bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan.
“Turut dilaksanakan, pelupusan barang-barang rosak ekoran bencana banjir serta sisa yang lain,” memetik kenyataan.
Pihak MPAG dalam laman Facebook rasminya turut menzahirkan rasa simpati kepada semua penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir yang telah berlaku.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
16 PASUKAN MERIAHKAN SEPAK TAKRAW VETERAN TERTUTUP PARLIMEN TANGGA BATU
PANTAI KUNDOR 10 Disember - Sebanyak 16 pasukan bersaing pada Kejohanan Sepak Takraw Veteran Tertutup Parlimen Tangga Batu yang julung...
MELAKA KEMUKA KERTAS CADANGAN LARANGAN VAPE
SERI NEGERI 10 Disember - Kerajaan Negeri telah mengemukakan satu kertas cadangan bagi meneliti pelaksanaan larangan vape di Melaka. Exco...
RXZ RIDE EDITION 3.0: POLIS PERKETAT KAWALAN KESELAMATAN
AYER KEROH 10 Disember — Polis Melaka mengatur gerak penugasan pegawai dan anggota yang mencukupi bagi memastikan keselamatan semua peserta...
RM5.3 JUTA BAIK PULIH MASJID, SURAU DI MELAKA
SERI NEGERI 10 Disember - Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memperuntukkan...
507 SIRI PENGIMARAHAN MASJID, SURAU DI PEDALAMAN MELAKA
SERI NEGERI 10 Disember - Program pengimarahan masjid dan surau di kawasan pedalaman seluruh Melaka terus diperkasa dan berlangsung secara...
DANA PEMBANGUNAN BANTU SYARIKAT, USAHAWAN MELAKA KEMBANG PERNIAGAAN
SERI NEGERI 10 Disember - Sebanyak 67 syarikat termasuk usahawan di negeri ini menerima bantuan Dana Pembangunan Usahawan Negeri Melaka...
