
Terjun bangunan, disyaki berdepan masalah kewangan
AYER KEROH 5 Disember – Seorang ibu tunggal ditemui maut selepas dipercayai bertindak terjun dari tingkat 12 sebuah hotel, di Jalan Merdeka,Taman Melaka Raya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 10.45 pagi daripada orang awam.
Beliau berkata, mayat wanita berusia 55 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan lengkap berpakaian di bahagian belakang hotel terbabit.
“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu, wanita terbabit dipercayai ke hotel berkenaan kira-kira jam 10.23 pagi lalu naik ke tingkat 12.
“Selepas lima minit kemudian dia disyaki bertindak terjun dan semakan juga mendapati dia bukan menginap di hotel berkenaan,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
“Siasatan mendapati si mati dipercayai bertindak sedemikian disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
