
Kes COVID-19 global sudah melepasi 38 juta
NEW YORK, 14 Okt. – Kes COVID-19 global sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan (2224 GMT).
Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.
Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.
Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico manakala negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: 80 PERATUS ISU BANJIR DUN AYER LIMAU BERJAYA DITANGANI – HAMEED
AYER LIMAU 5 November - Lebih 600 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) N03 Ayer Limau terjejas akibat banjir besar...
PRN MELAKA: BN PERINCI GERAK KERJA PDM, SASAR PENGUNDI KELUAR AWAL
REMBIA 5 November - Barisan Nasional (BN) Melaka memperkemas strategi gerak kerja jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan...
PRN MELAKA: EPISOD LOMPAT PARTI TIDAK AKAN BERULANG DI REMBIA – AB RAUF
REMBIA 5 November - Jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, sejarah wakil rakyat atau...
KELUHAN RAKYAT BUKAN BEBAN, SEBALIKNYA AMANAH – NADARAJAH
GADEK 5 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah menegaskan kesediaan menjadi pendengar...
NADARAJAH BUKAN ORANG BAHARU DALAM KHIDMAT MASYARAKAT DUN GADEK
GADEK 5 November - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yakin calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: BALAI BOMBA, PAIP LAMA ANTARA AGENDA ‘ALONG’ UNTUK ASAHAN
ASAHAN 5 November - Meneruskan agenda pembangunan yang masih belum selesai, memperkukuh kemudahan asas serta meningkatkan kesejahteraan penduduk menjadi antara...

