
Pemilihan UMNO boleh dibincangkan pada Mesyuarat Bulanan MT Khamis ini – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 3 Jan – Mesyuarat Bulanan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi bulan Januari yang dijadualkan Khamis ini antara lain adalah bagi membincangkan mengenai pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
“… pemilihan UMNO belum dibincangkan. Tentunya boleh dibincangkan pada 5 Jan ini tentang pemilihan (parti),” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, hari ini.
Ahmad berkata selain pemilihan UMNO, mesyuarat bulanan itu akan turut membincangkan mengenai jemputan ke PAU 2022 kepada parti yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu mesyuarat pengurusan UMNO akan diadakan malam ini yang dipengeruskan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pada 26 Dis lepas, setiausaha agung UMNO itu berkata keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu akan dipertimbangkan atau tidak, hanya akan diputuskan ketika mesyuarat MT Khas pada 12 Jan ini sebelum Perhimpunan Agung keesokannya.
PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
‘TOK RAUF MEMANG BUAT KERJA, GEN Z RASAI PERUBAHAN KETARA DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November - Kreativiti dan pendekatan pembangunan yang dibawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM
SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan...
PPWK 2026: MARA PERLUAS PELUANG KEUSAHAWANAN WANITA, KOMUNITI MELAKA
KESIDANG 9 November - Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus mempergiat usaha memperkasa sosioekonomi wanita dan komuniti setempat menerusi peluasan akses...
