
TYT rasmi produk DMWorld di DMMart Bukit Beruang
AYER KEROH 17 Januari – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Program dan Pengenalan Produk Usahawan DMWorld di DMMart Bukit Beruang hari ini.
Program yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) itu mensasarkan untuk mengumpulkan produk dihasilkan usahawan tempatan yang berpotensi diketengahkan dalam pasaran domestik dan global.
Menerusi majlis itu juga turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Franchise And Digital Association (MFDA) yang diwakili Datuk Paduka Seri Hasnizal Hassan dan Zurif And Sons Sdn Bhd diwakili Datin Seri Azreen Abu Noh di saksikan Tun Seri Setia Mohd Ali.
Tun Seri Setia Mohd Ali juga sempat melawat gerai-gerai pameran usahawan DMDI yang turut serta dalam program tersebut.
Terdahulu, Tun Seri Setia Mohd Ali tiba di perkarangan DMMart Bukit Beruang kira-kira jam 4 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang
terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
