
COVID-19: Alor Gajah rekodkan tiga kes
AYER KEROH 16 Okt. – Tiga kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Melaka hari ini, membabitkan kluster Utama dan saringan kontak rapat.
Pengerusi Jawatankuasa Anti Dadah dan Kesihatan negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ketiga-tiga kes baharu yang dilaporkan itu merupakan jangkitan tempatan dan membabitkan individu dewasa.
“Kes pertama dan kedua yang direkodkan di Durian Tunggal, Alor Gajah, adalah hasil saringan kontak rapat kes positif dari Kluster Utama.
“Manakala kes ketiga pula dari Rembia, Alor Gajah, adalah hasil saringan kontak rapat kes positif dan sehingga kini 14 kes masih dirawat di hospital,” katanya.
Beliau berkata, terdapat enam Zon Kuning direkodkan di Melaka iaitu di Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling di Daerah Melaka Tengah, manakala Daerah Alor Gajah di Durian Tunggal dan Rembia.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS TUMPASKAN DUA SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN JADIKAN MELAKA HAB PUSAT PANGGILAN
MELAKA 8 September - Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian didalangi 18 warga asing dan seorang warga tempatan yang...
LELAKI MYANMAR MAUT DISYAKI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
ALOR GAJAH 8 September - Mayat lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui berhampiran rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan...
SEMAI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI PROGRAM SAYA ANAK MALAYSIA
AYER KEROH 8 September – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mempelawa ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang lahir pada bulan September untuk...
SENI SILAT: SIMBOLIK SEMANGAT CINTAKAN SENI WARISAN BANGSA DAN NEGARA
AYER KEROH 8 September - Pertandingan Silat Seni Tradisi Semarak Kemerdekaan ke-68 di Penjara Agro Dusun Dato' Muradber, di sini,...
ZAKAT PENDAPATAN REKOD KUTIPAN TERTINGGI, RM50.75 JUTA
BANDARAYA MELAKA 8 September - Zakat Pendapatan merekodkan kutipan tertinggi di negeri ini dengan nilai RM50.75 juta daripada jumlah keseluruhan...
GERHANA BULAN: FAHAMI MAKNA TERSIRAT ILMU FALAK
PENGKALAN BATU 8 September - Fenomena gerhana bulan penuh awal pagi tadi menarik lebih 50 peminat falak untuk berhimpun di...