
1,312 kemalangan hari keenam Op Selamat 19
KUALA LUMPUR, 24 Januari – Sebanyak 1,312 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim dalam kenyataan hari ini berkata kemalangan itu melibatkan 1,603 kenderaan.
Beliau berkata berdasarkan statistik harian polis, kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,160 kes, diikuti pacuan empat roda (210), motosikal (184), lori (19), van (19), bas (5), teksi (4) dan masing-masing satu kes kemalangan basikal dan kenderaan polis.
Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NELAYAN KUALA LINGGI BAKAL DIBANTU TEROKA AKTIVITI AKUAKULTUR
KUALA LINGGI 10 November - Aktiviti akuakultur termasuk ternakan ikan dalam sangkar, kerang, kepah dan udang sedang dipertimbangkan sebagai sumber...
PRN MELAKA: BN-PN SASAR MENANG LEBIH 21 KERUSI DUN – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan melebihi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN ROSLI MAMPU GALAS TANGGUNGJAWAB DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 10 November – Sikap merendah diri dan mudah didekati menjadi kelebihan buat Datuk Rosli Abdullah untuk memikat seterusnya...
PRN MELAKA: KERJASAMA JENTERA BN-PN DI MELAKA LUAR BIASA – AHMAD MARZUK
SERKAM 10 November - Kesepakatan jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Melaka disifatkan luar biasa apabila kerjasama...
PRN MELAKA: JENTERA BN KUALA LINGGI SIAP SIAGA HADAPI HARI PENGUNDIAN
KUALA LINGGI 10 November – Jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi berada pada tahap...
PRN MELAKA: ZAHID HARAP MOMENTUM UNDI AWAL DIBAWA KE 14 NOVEMBER
TABOH NANING 10 November - Peratusan keluar mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang mencecah 94.96 peratus disifatkan...
