
Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
BANGKOK, 27 Januari – Seorang ibu hamil dan anak perempuannya berusia enam tahun dari Malaysia yang melancong ke Thailand, maut selepas bot yang dinaiki terbalik berhampiran pantai wilayah Krabi, selatan negara itu pada Rabu.
Dalam kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, tiga sekeluarga – wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka dalam perjalanan menuju Pulau Poda.
Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.
“Keluarga itu dan pengendali bot hanyut di laut sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan.
“Kesemua mereka dibawa ke darat di Jeti Klong Sai dan dikejarkan ke Hospital Krabi.
“Wanita itu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri ketika nelayan menemukan mereka. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata suaminya dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan dilaporkan dalam keadaan baik, kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.
Ketika dihubungi Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata pejabat konsulat sedang berusaha memberikan bantuan yang sewajarnya untuk menghantar pulang jasad mangsa ke Malaysia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TOK HAMEED PELIHARA IKATAN ‘POGHUT’ MESKIPUN BERBEZA PANDANGAN
AYER KEROH 25 Oktober - Ikatan silaturahim yang dibina sepanjang lima tahun dalam kalangan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
AB RAUF MAHU TERUS BONGKAR SEJARAH KEHEBATAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat meneruskan usaha membongkar sejarah kehebatan tamadun...
PRN MELAKA: ALONG MAHU TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT, SEJAHTERAKAN ASAHAN
AYER KEROH 25 Oktober - Kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi pembakar semangat Datuk Dr. Fairul...
MELAKA TIDAK LAGI SAMBUT MERDEKA DI TAPAK TINGGALAN PENJAJAH
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Melaka tidak lagi menjadikan kawasan sekitar Tugu Kota A Famosa sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan...
PRN MELAKA: NADARAJAH TEKAD PERTAHAN GADEK, BANTU BN TAMBAH KERUSI DUN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad...
PRN MELAKA: AB RAUF TUNGGU LAPORAN SEBELUM BUAT KESIMPULAN ISU MCA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih menunggu laporan berhubung tindakan kepimpinan MCA...
