
Lelaki cuba selamatkan anak ditemukan lemas
CHUKAI, 27 Februari – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada dibawa arus di Lubuk Tapeng, Air Putih dekat sini semalam ditemukan lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat Mohd Mirwan Mohd Ramli, 40, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 10.23 pagi, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan polis merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat, penduduk kampung serta orang ramai yang terlibat dalam usaha pencarian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari semalam, Mohd Mirwan yang bekerja sebagai buruh kilang bersama isteri dan dua anak lelakinya datang ke Lubuk Tapeng untuk memancing dan mandi-manda.
Bagaimanapun kegembiraan keluarga itu bertukar tragedi apabila mangsa yang cuba menyelamatkan anak lelakinya Muhammad Zafran Aidil,12, daripada dihanyutkan arus, tiba-tiba tenggelam manakala anaknya itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok berhampiran.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
