
73 anggota JPJ Melaka bertugas sepanjang Aidilfitri
BANDARAYA MELAKA 21 April – Seramai 73 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan bertugas sepanjang Aidilfitri ini.
Pengarah JPJ Negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, kesemua mereka bertugas sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) bermula 18 hingga 27 April.
Katanya, objektif Ops HRA itu adalah bagi memastikan kelancaran pergerakan perjalanan jalan raya dengan lebih selamat.
“Seramai 73 warga JPJ yang bertugas akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan pengawalan di lokasi terpilih,” katanya pada sidang media Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Terminal Melaka Sentral.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus berkata, pada 14 hingga 17 April lalu, pemeriksaan ditumpukan kepada bas ekspres di depoh-depoh sekitar Melaka.
Ujarnya, seramai 127 pemandu bas ekspres menjalani ujian saringan air kencing dan kesemuanya didapati negatif.
“JPJ menggunakan kaedah penyamaran sebagai penumpang di dalam bas untuk mengesan kesalahan pemandu dalam setiap perjalanan.
“Selain itu, misi JPJ Melaka adalah untuk mengekalkan sifar kemalangan melibatkan bas seperti musim perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...
BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang...
‘BARANG ORDER, BARANG ITU MELAKA DAPAT’, AHMAD ZAHID BERI BAYANGAN AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
JASIN 23 Oktober - Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi bayangan akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional...
