
Musim peralihan monsun sebabkan cuaca lembap
AYER KEROH 30 April – Beberapa lokasi di Negeri Melaka dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 9 malam ini mengikut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi Facebook jabatan itu.
Tinjauan mendapati beberapa lokasi di Negeri Melaka mengalami hujan lebat dan ribut petir bermula petang tadi, namun setakat ini belum ada sebarang laporan berhubung kejadian tidak diingini.
Sementara itu mengikut laporan di YouTube jabatan sama, paparan imej satelit semasa mengesan kelompok awan aktif yang tebal di kawasan berlaku hujan terutama di Semenanjung Malaysia.
Keadaan itu boleh menyebabkan cuaca agak lembap dalam jangka masa agak panjang sekurang-kurangnya sehingga awal malam ini.
Perkembangan itu bagaimanapun turut memberikan kesan positif berikutan tahap suhu maksimum di beberapa lokasi di negara ini mulai menurun.
Namun demikian hujan beserta ribut petir di musim peralihan monsun boleh menyebabkan angin kencang, banjir kilat dan kerosakan pada struktur tidak kukuh.
Berikutan itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh METMalaysia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
