Penghuni dua kediaman terjejas, air sungai melimpah

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING 30 April – Penghuni dua kediaman di Kampung Melekek Luar, di sini, terjejas akibat kediaman mereka dinaiki air susulan limpahan anak sungai berhampiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, limpahan anak sungai itu berlaku susulan hujan lebat hampir 30 minit bermula sekitar jam 6 petang tadi.

Katanya kedua-dua kediaman terbabit didiami warga emas dan setakat ini keadaan terkawal serta tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

“Kerosakan atau kecederaan juga tidak ada, cuma limpahan menyebabkan air bertakung di halaman rumah kedua-dua mangsa terbabit.

“Air juga silaporkan sudah mula surut, namun pihak Japerun akan terus melakukan pemantauan jika hujan berterusan selepas ini,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Zulkiflee berkata, pihaknya juga akan memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi melaksanakan kerja mendalamkan serta melebarkan anak sungai di belakang kediaman mangsa terbabit.

Pihaknya juga akan meminta kebenaran daripada pemilik asal berikutan aliran anak sungai berkenaan berada dalam kawasan tanah persendirian.

“Biarpun ini kali pertama kawasan kediaman terbabit dinaiki air saya akan teruskan juga cadangan mendalamkan anak sungai terbabit. Biarlah aliran air lancar dan mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5692
Kongsi :
Previous post Musim peralihan monsun sebabkan cuaca lembap
Next post Bermain bara demi kekalkan tradisi Kuih Bakar Kuala Ina
Ubah saiz-+=