Memancing raya eratkan hubungan antara nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

SERKAM 30 April – Kebiasaannya setiap kali Syawal rumah terbuka akan menjadi ‘medan’ untuk sanak saudara dan rakan taulan berhimpun bagi bersama-sama merasai kemeriahan hari raya.

Namun bagi sekumpulannelayan di Serkam Pantai, mereka ada cara tersendiri memeriahkan sambutan Aidilfitri iaitu dengan ‘berhimpun’di tengah Selat Melaka bagi mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Raya Kuala Serkam.

Seramai 100 nelayan mengambil bahagian menaiki 38 sampan berlepas ke lokasi pertandingan semalam dan pulang semula ke pengkalan masing-masing hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Serkam Pantai Md Shah Hashim berkata, penganjuran pertandingan itu memasuki tahun kedua kali ini dan hanya membabitkan nelayan kawasan Kuala Serkam sahaja.

photo1682845011 (1)
PESERTA menunjukkan umpan yang digunakan ketika pertandingan. Foto: MR. AZLI

Katanya peserta bukan memburu hadiah yang ditawarkan sebaliknya menjadikan pertandingan itu sebagai medan untuk mengeratkan lagi hubungan antara nelayan.

“Sebenarnya penganjuran pertandingan memancing ini sudah enam tahun dianjurkan, tetapi sempena Aidilfitri baru masuk tahun kedua.

“Kemeriahan suasana diadakan pada hari biasa dengan bulan Syawal ini amat berbeza. Ketika orang lain sibuk lagi beraya ke rumah kenalan dan saudara-mara kami nelayan pula turun beraya di laut.

“Menerusi pertandingan ini secara tidak langsung hubungan silaturahim antara nelayan di sini bertambah erat terjalin,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Kuala Serkam Pantai, di sini, semalam.

photo1682844787

DERETAN bot nelayan meninggalkan jeti untuk menuju ke lokasi pertandingan. Foto: MR. AZLI

Sementara itu, bagi nelayan yang juga peserta pertandingan Omar Abdullah, 45, berkata, tidak dinafikan program berkenaan membantu mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

“Nelayan ini kita seakan sebuah keluarga, apabila adanya aktiviti ia akan mengukuhkan lagi hubungan apatah lagi di hari raya.

“Mungkin sebelum ini orang fikir hari raya hanya ada rumah terbuka untuk berkumpul beramai-ramai tetapi banyak program antaranya memancing ini boleh menjadi penyatu untuk semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1172
Kongsi :
Previous post Keputusan pembahagian kerusi PRN ditentukan selepas DUN dibubar – Mohamad
Next post Musim peralihan monsun sebabkan cuaca lembap
Ubah saiz-+=