
Isu pembubaran Parlimen tidak dibincang dalam mesyuarat khas kabinet – Ismail
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Isu pembubaran Parlimen langsung tidak dibangkitkan pada mesyuarat khas kabinet hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ia tidak dibangkitkan, tidak dibincangkan,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini hari ini.
Menteri Pertahanan itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau bersama ahli kabinet lain akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Ini susulan tular satu tangkap layar perbualan dalam satu kumpulan yang menunjukkan kononnya Ismail Sabri memaklumkan ketua-ketua UMNO Bahagian bahawa beliau dan rakan lain dalam Kabinet akan mencadangkan pembubaran Parlimen hari ini.
Terdahulu hari ini, Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas lebih dua jam bersama Jemaah Menteri di Perdana Putra, Putrajaya, menyusuli titah Al-Sultan Abdullah semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR BUDAYAKAN SUKAN, LEBIH 30 AKTIVITI DITAWARKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi ditawarkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat...
280 USAHAWAN COKLAT NEGARA RAIH JUALAN RM18.2 JUTA
BANDA HILIR 18 Oktober - Seramai 280 usahawan coklat di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan nilai jualan produk...
MELAKA TUBUH KOPERASI BANTU USAHAWAN MUALAF BERSINAR
BANDARAYA MELAKA 18 Oktober - Penubuhan Koperasi Mualaf Melaka Berhad dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan mualaf untuk memperkukuh...
PRN MELAKA: BN BAWA MISI 4-0 DI PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober - Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu akan memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di keempat-empat kawasan...
AB RAUF MAHU LAHIRKAN PELAPIS KEPIMPINAN MUDA UMNO
SUNGAI UDANG 18 Oktober – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berazam membimbing dan membentuk...
BN TEKAD KUASAI EMPAT DUN PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober – Barisan Nasional (BN) Melaka bertekad menguasai kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen...
