
Bank Inovasi Melaka dilancar Oktober – Exco
AYER KEROH 1 Jun – Kerajaan Negeri akan menubuhkan Bank Inovasi Melaka bagi membantu mengembangkan dan mengkomersialkan lagi produk inovasi dari negeri ini.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, penubuhan bank itu akan melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat berkaitan inovasi dan institusi pengajian tinggi.
“Bank ini dijangka memulakan operasi pada Oktober ini dan menjadi platform bagi mengkomersialkan produk inovasi serta reka cipta dihasilkan oleh mana-mana penyelidik di Negeri Melaka.
“Tidak kira pelajar sekolah, penuntut universiti, jabatan dan agensi kerajaan atau pihak swasta. Namun semakan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dan ketulenan inovasi berkenaan, jika tiada masalah kita akan patenkan,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika bersiaran menerusi Segmen Apa Khabau YB, di Konti Melaka FM di Jabatan Penyiaran Melaka, Jalan Taming Sari, di sini, hari ini.
Fairul Nizam berkata, platform itu diharap akan menyemarakkan lagi aktiviti perkongsian kepakaran dalam kalangan penyelidik di Negeri Melaka selain faedahnya bakal dinikmati rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...

