Dari laut terus ke kuali

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 1 Jun – Meskipun lokasinya agak tersorok kedai Asam Pedas Mak Leha tetap menjadi persinggahan peminat makanan tradisional itu termasuk pelawat luar berkunjung ke negeri ini.

Zaleha Jantan, 56, berkata, sejak berniaga lebih 20 tahun lalu dia hanya memilih ikan, sotong dan udang segar untuk menyediakan masakan asam pedas menggunakan resipi arwah ibunya.

Ibu kepada tujuh anak ini berkata, selain menjaga kualiti makanan dia dan suami Khamis Puteh, 62, juga ikhlas dalam menyediakan hidangan.

“Ikan segara paling penting dalam menjaga kualiti selain itu saya turut menggunakan cili dikisar sendiri. Ikan merah, jenahak dan kurau saya ambil sendiri di Pantai Puteri, sotong pula didatangkan khas dari Rompin, Pahang.

“Kebiasaan sehari saya perlukan lebih 20 ekor ikan jenahak itu tidak termasuk ikan lain jadi apabila tiba musim tengkujuh sedikit sukar,” katanya ketika ditemuinya.

Kerana mahu menjaga kualiti Zaleha terpaksa menghentikan sementara perniagaannya berikutan kesukaran untuk mendapatkan bekalan ikan segar yang menjadi keutamannya.

Katanya, bagi mengelak salah faham setiap pelanggan akan dimaklumkan mengenai harga hidangan yang dipesan.

“Walaupun ada pelanggan yang tidak kisah dengan harga dikenakan kerana mereka faham kos ikan dan makanan laut segar tetapi kami akan beritahu terlebih dulu mengenai harga perlu dibayar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5011
Kongsi :
Previous post Pantai Kundor bakal ada medan ikan bakar
Next post Bank Inovasi Melaka dilancar Oktober – Exco
Ubah saiz-+=