
Tekanan air rendah di Ayer Hitam Darat selesai
TANJUNG BIDARA 7 Jun – Isu tekanan air rendah menjejaskan pengguna di Kampung Ayer Hitam Darat didakwa berlaku sejak Ramadan telah diselesaikan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), minggu lalu.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kebocoran paip dan pembinaan tangki sedutan di Ayer Hitam Darat menjadi punca kepada permasalahan itu.
“Berlaku kebocoran paip dalam tanah berhampiran Balai Polis Durian Tunggal. Pada masa yang sama pembinaan tangki sedutan di Ayer Hitam Darat sedang berjalan.
“Masa diambil untuk memenuhkan air ke dalam tangki agak lama kerana tekanan air rendah berikutan kebocoran paip di Durian Tunggal,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Hameed berkata, pengguna di Masjid Tanah, termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, menerima bekalan air daripada Kolam Senandung B3 yang melalui Loji Air Bertam dari Durian Tunggal.
Beliau berharap pengguna mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan daripada SAMB bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai masalah berlaku dan mengelakkan spekulasi atau maklumat tidak tepat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KING KING PULANG KE ‘RUMAH’ DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 28 Ogos - Selepas lebih dua tahun 'merantau' Harimau Malaya jantan, King King akhirnya kembali ke 'rumahnya' di...
70,000 DIJANGKA ‘BANJIRI’ KLEBANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN
KLEBANG 28 Ogos - Dianggarkan 50,000 hingga 70,000 pengunjung bakal membanjiri Dataran Klebang pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan Perbarisan...
MELAKA SHOWCASE BUKA PINTU USAHAWAN TEMBUS PASARAN, SASAR RM4.16 JUTA
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Melaka Showcase 2026 bukan sekadar mengetengahkan identiti dan warisan negeri, malah menjadi platform membuka laluan...
KELUARGA NELAYAN DI SERKAM DAPAT HADIAH PALING BERMAKNA
SERKAM 28 Ogos - Selepas tujuh tahun menetap di rumah sewa, impian Kharon Tahir, 63, untuk memiliki kediaman sendiri bersama...
PINGAT KHIDMAT LAMA IKTIRAF JASA ‘PENJAGA’ PARIT DAN SALIRAN MELAKA
SERI NEGERI 28 Ogos - Lebih 23 tahun menabur bakti bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjadikan Mohamad Saleh Mamat,...
PANTAI SIRING BAKAL JADI ‘PERMATA’ PELANCONGAN PESISIR SELATAN MELAKA
SERKAM 28 Ogos - Pantai Siring bakal ditransformasi sebagai destinasi pelancongan baharu di pesisir selatan Melaka menerusi pembangunan secara berperingkat...
