
220 masjid, 846 surau jalankan ibadah korban
BUKIT PALAH 23 Jun – Sebanyak 220 masjid dan 846 surau seluruh Negeri Melaka akan menjalankan ibadah korban tahun ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, ibadah korban tahun ini akan melibatkan lebih 1,600 ekor lembu, empat kerbau dan 125 kambing.
“Setakat ini kesemua jumlah haiwan akan dikorbankan adalah mengikut data diterima daripada masjid dan surau seluruh Negeri Melaka.
“Saya yakin jumlah ini akan meningkat berikutan ibadah korban dilaksanakan oleh individu tidak dimaklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Rahmad berkata, jumlah ternakan berkenaan adalah membabitkan Program Ibadah Korban Kelompok.
“Program Korban Kelompok akan dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang setakat ini masih dalam perancangan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
WRUR AYER MOLEK: MBMB BAIK PULIH, ‘HIAS’ KEDIAMAN DUA WARGA EMAS
AYER MOLEK 8 Mei - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi Program Bandaraya Penyayang menyumbangkan sebanyak RM26,000 bagi melaksanakan kerja-kerja...
MELAKA PERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI
TABOH NANING 8 Mei - Aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di Melaka sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan...
NEK PEAH KONGSI KISAH HIDUP 102 TAHUN
ASAHAN 8 Mei - Meskipun sudah menginjak usia 102 tahun, warga emas tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Peah...
JALAN BAHARU UBAH KEHIDUPAN PENDUDUK
MACHAP JAYA 8 Mei - Pembukaan jalan baharu menghubungkan Tebong ke Hutan Percha memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila...
WRUR AYER MOLEK: JASA BEKAS GURU JAIM MASIH JADI SEBUTAN RAMAI
AYER MOLEK 8 Mei - Meskipun sudah bersara jasa bekas guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM tetap dikenang, bukan sahaja...
