
Mangsa banjir di Sungai Rambai meningkat
AYER KEROH 12 Julai – Mangsa terjejas banjir di daerah Jasin terus meningkat apabila seramai 44 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan kesemua mangsa itu membabitkan 11 buah keluarga dan kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.
Jelas kenyataan itu, lokasi terjejas banjir bagaimanapun berkurangan kepada satu kawasan berbanding tiga pagi tadi.
“Ia membabitkan beberapa perumahan penduduk di Jalan Janda Berhias Sungai Rambai.
“Banjir yang berlaku adalah disebabkan hujan lebat berterusan dalam tempoh singkat yang menyebabkan kawasan penempatan rendah ditengelami air.
“Petugas keselamatan akan terus memantau situasi banjir di negeri ini dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKAN SEKADAR BERSALAMAN, KETUA MENTERI TURUN BAWA SINAR UNTUK ORANG BEMBAN
BEMBAN 9 Julai - Sebanyak 48 daripada 69 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BUDAYA KERJA DI MELAKA JELAS, KERAJAAN TIDAK HANYA TUNGGU DI PEJABAT – KM
BEMBAN 9 Julai - Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah membuktikan bahawa...
WRUR SUNGAI RAMBAI TAMPIL PENDEKATAN CSR DEMI RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 9 Julai - Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan jabatan dan agensi berkaitan banyak membantu menyediakan keperluan mendesak...
HAMPIR RM1 JUTA NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 9 Julai – Hampir RM1 juta diperuntukkan bagi kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dalam usaha...
SUNGAI RAMBAI IDAM PEMBANGUNAN PEKAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 9 Julai – Pekan lama yang menjadi nadi kehidupan penduduk Sungai Rambai berpotensi diperluaskan menerusi pembangunan baharu, sekali...
INOVASI ‘VISIONGUARD’ MPAG TERIMA PENGIKTIRAFAN PROJEK BERPRESTASI TINGGI
ALOR GAJAH 9 Julai – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila menerima Sijil Projek Berpotensi...
