
Mangsa banjir di Sungai Rambai meningkat
AYER KEROH 12 Julai – Mangsa terjejas banjir di daerah Jasin terus meningkat apabila seramai 44 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan kesemua mangsa itu membabitkan 11 buah keluarga dan kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.
Jelas kenyataan itu, lokasi terjejas banjir bagaimanapun berkurangan kepada satu kawasan berbanding tiga pagi tadi.
“Ia membabitkan beberapa perumahan penduduk di Jalan Janda Berhias Sungai Rambai.
“Banjir yang berlaku adalah disebabkan hujan lebat berterusan dalam tempoh singkat yang menyebabkan kawasan penempatan rendah ditengelami air.
“Petugas keselamatan akan terus memantau situasi banjir di negeri ini dan sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
