
Kuota 30 peratus untuk anak Melaka di Petronas
SERI NEGERI 31 Julai – Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Sungai Udang membuka kuota sebanyak 30 peratus peluang pekerjaan khususnya kepada anak jati di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, loji penapisan minyak terbesar di negara itu menawarkan kontrak pekerjaan kepada anak tempatan khususnya dalam teknologi kimpalan dan perpaipan.
Ab Rauf, yakin kebolehpasaran anak muda lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini mampu memenuhi keperluan industri di Melaka.
“Peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam industri ini banyak diberikan dalam bidang teknologi kimpalan dan perpaipan.
“Kemahiran tinggi dan separa tinggi juga ditawarkan untuk memastikan kebolehpasaran anak-anak lepasan TVET ini untuk dapatkan pekerjaan di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
