
Polis kesan remaja perempuan hilang dari rumah
JASIN 5 September – Polis mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian orang hilang kira-kira jam 10.32 pagi, semalam.
“Daripada laporan dibuat remaja berusia 14 tahun terbabit yang masih bersekolah disedari hilang oleh keluarganya kira-kira jam 6 pagi Ahad.
“Daripada maklumat awal diterima remaja itu difahamkan ada meninggalkan nota memaklumkan keluar rumah untuk tenangkan diri.
“Malah siasatan awal dijalankan mendapati remaja terbabit disyaki keluar rumah mengikut teman lelaki dianggarkan berusia belasan tahun namun tidak dikenali keluarganya,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kehilangan remaja itu masih dalam siasatan dan usaha mencarinya giat dijalankan.
“Pegawai penyiasat juga sudah ke sekolahnya bagi mendapatkan maklumat dan siasatan masih diteruskan.
“Justeru orang ramai yang ada maklumat atau terjumpa dengan remaja perempuan terbabit boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,”Β katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
REMBIA WAJAH ALOR GAJAH, NORAZRIL MAHU BAWA LEBIH BANYAK PEMBAHARUAN
REMBIA 5 November β Kedudukan Pekan Alor Gajah sebagai pusat pentadbiran daerah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilihat sebagai...
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA CECAH 98.8 PERATUS – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November β Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta universiti di Melaka...
LEBIH 500 ANAK MUDA TEROKA PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA MARA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November β Lebih 500 anak muda menyertai Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat...
PRN MELAKA : DAKWAAN PENOLAKAN CALON BN DI 4 KERUSI MUNGKIN DICETUS MUSUH POLITIK
TANJUNG BIDARA 5 November β Segala pandangan berhubung dakwaan penolakan calon parti di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
PRN MELAKA: PEMBANGUNAN TVET JADI AGENDA MANIFESTO BN – TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November - Hasrat menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara akan...
NADARAJAH TEKAD JADI ‘SUARA’ GADEK
TANJUNG BIDARA 5 November β Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad mahu menjadi...

