
Polis kesan remaja perempuan hilang dari rumah
JASIN 5 September – Polis mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian orang hilang kira-kira jam 10.32 pagi, semalam.
“Daripada laporan dibuat remaja berusia 14 tahun terbabit yang masih bersekolah disedari hilang oleh keluarganya kira-kira jam 6 pagi Ahad.
“Daripada maklumat awal diterima remaja itu difahamkan ada meninggalkan nota memaklumkan keluar rumah untuk tenangkan diri.
“Malah siasatan awal dijalankan mendapati remaja terbabit disyaki keluar rumah mengikut teman lelaki dianggarkan berusia belasan tahun namun tidak dikenali keluarganya,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kehilangan remaja itu masih dalam siasatan dan usaha mencarinya giat dijalankan.
“Pegawai penyiasat juga sudah ke sekolahnya bagi mendapatkan maklumat dan siasatan masih diteruskan.
“Justeru orang ramai yang ada maklumat atau terjumpa dengan remaja perempuan terbabit boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,”Β katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NADARAJAH TEKAD JADI ‘SUARA’ GADEK
TANJUNG BIDARA 5 November β Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad mahu menjadi...
HOSPITAL MELAKA BAKAL DIPERKUKUH SEBAGAI PUSAT RUJUKAN JANTUNG
PENGKALAN BATU 5 November β Peranan Hospital Melaka sebagai pusat rujukan perkhidmatan jantung bakal diperkukuh menerusi penyediaan kemudahan Invasive Cardiac...
PRN MELAKA: KACAU WAJIK ERAT MUAFAKAT, JENTERA BN-PAS SANTUNI PENDUDUK LENDU
LENDU 5 November - Program Kacau Wajik anjuran Wanita Komuniti Kampung Lendu bersama rakan komponen PAS di Pusat Daerah Mengundi...
PRN MELAKA: CARA BERBEZA, SOKONGAN SAMA BUAT HELMY
DUYONG 5 November - Sokongan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dizahirkan...
SST DISERAH, BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA SASAR SIAP 2031
PENGKALAN BATU 5 November β Surat Setuju Terima (SST) bagi pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak Hospital Melaka diserahkan kepada syarikat...
BLOK BAHARU TINGKAT KAPASITI HOSPITAL MELAKA KEPADA 1,619 KATIL
PENGKALAN BATU 5 November β Kapasiti Hospital Melaka bakal meningkat kepada 1,619 katil menerusi pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak yang...

