
RM125,000 lesap ditipu Nor Azman
ALOR GAJAH 18 Oktober – Seorang jururawat kerugian RM125,000 selepas diperdaya ‘teman lelaki’ yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 30-an yang juga ibu tunggal berkenalan dengan suspek memperkenalkan diri sebagai Nor Azman pada 29 September lalu.

Arshad berkata, selepas berkenalan mereka kerap berhubung melalui telefon dan mangsa kemudian dijanjikan akan diberi hadiah kejutan sebagai tanda persahabatan.
“Pada 8 Oktober lalu mangsa menerima panggilan daripada pihak kurier mengatakan terdapat bungkusan yang dikirim oleh kenalannya bernama Nor Azman.
“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran bagi melepaskan barangan itu termasuk upah guaman, duti setem dan cagaran,” katanya.
Menurutnya, bagi menjelaskan bayaran itu mangsa turut membuat pinjaman peribadi daripada bank.
“Bermula dari 8 hingga 15 Oktober lalu mangsa telah membuat 12 transaksi berjumlah RM125,000 ke empat akaun berbeza.
“Walaupun bayaran sudah dibuat, mangsa tidak menerima bungkusan yang dijanjikan malah turut diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Beliau berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
RIASAH 2026: UNIMEL TERAJUI AGENDA PEMBANGUNAN GENERASI BERILMU, BERAKHLAK
ALOR GAJAH 2 November - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap pembangunan...
PRN MELAKA: 15,000 BENDERA ‘BIRUKAN’ PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 2 November - Sebanyak 15,000 batang buluh diedarkan kepada jentera Barisan Nasional (BN) bagi pemasangan bendera di seluruh...
