Program pidato Piala Pusingan TYT bakal jadi acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 21 Okt – Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, bakal direkodkan sebagai acara tahunan dalam kalendar aktiviti negeri ini.

Pertandingan itu sekali gus dapat menggalakkan rakyat Malaysia terutama generasi muda menghayati Rukun Negara.

Pengarah program, Prof Datuk Dr Baharudin Puteh berkata, acara itu julung kali diadakan secara maya dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta dari luar Melaka termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, idea yang dicetuskan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam serta sambutan luar biasa itu bakal menjadian pertandingan berkenaan sebagai acara tahunan kerajaan negeri bermula tahun hadapan.

“Insha-Allah, kita akan mulakan lebih awal bermula pada bulan lima (Mei) dan pertandingan akhir dilaksanakan pada bulan Ogos ketika negara sambut kemerdekaan tahun hadapan.

“Ini satu perancangan dan hasil daripada pertandingan tahun ini, jangkaan yang kita lihat ramai terlibat dan penglibatan amat mmeberangsangkan

“Ia akan dijadikan sebagai agenda tahunan di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta akan bekerjasama dengan pejabat Istana Melaka dan Jabatan Pendidikan Melaka (JPM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat Peringkat Kebangsaan, Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama di sini, hari ini.

Semua hadiah disampaikan sendiri Tun Seri Setia Mohd Ali, sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad.

Mengulas lanjut, Baharudin berkata, meskipun berdepan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang tidak membenarkan program dianjurkan secara bersemuka, namun pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada 970 peserta di seluruh negara.

“Kita rasa kaedah secara atas talian ini satu kaedah menarik untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya rukun negara dan inilah satu wadah yang boleh kita uar-uarkan bagi menyemarakkan erti sejarah rukun negara,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post ‘Allahyarham Mohd Diya ikon penyelamat sejati’ – Sulaiman
Next post SPR bentang SOP PRN Melaka esok – Khairy
Ubah saiz-+=