‘Allahyarham Mohd Diya ikon penyelamat sejati’ – Sulaiman

Masa Membaca:54 Saat

PAYA RUMPUT 21 Okt – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyifatkan Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang lemas dalam misi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat semalam, sebagai ikon penyelamat sejati.

Katanya, pengorbanan bapa kepada empat anak itu dalam membantu menyelamatkan mangsa banjir cukup meninggalkan kesan buat negeri dan rakyat Melaka.

“Secara peribadi, saya menyifatkan Allahyarham Mohd Diya adalah ikon penyelamat sejati, dan pengorbanannya menyelamatkan mangsa banjir cukup meninggalkan kesan buat negeri dan rakyat Melaka.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan salam takziah dan berdoa semoga roh Allahyarham Mohd Diya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi isteri Allahyarham, Noraida Che Nor, 39 di kediamannya di Taman Krubong Jaya, di sini, hari ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit sambil bertanya khabar ahli keluarga Allahyarham Mohd Diya yang baru tiba dari Pasir Mas, Kelantan.

Beliau bersama rombongan turut berkesempatan mengadakan tahlil ringkas serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga Allahyarham Mohd Diya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

396
Kongsi :
Previous post Majlis Presiden PH tolak Norhizam
Next post Program pidato Piala Pusingan TYT bakal jadi acara tahunan
Ubah saiz-+=