Sorting by

×

Ab Rauf nafi politik Melaka bergolak

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 8 Julai – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan keadaan politik Melaka berdepan situasi genting sekali gus menolak laporan sebuah portal berita mengenai keadaan itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ab Rauf berkata, artikel berkenaan berniat jahat serta mengganggu gugat kestabilan politik di Melaka.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, beliau tidak akan sesekali mengkhianati mandat dan kepercayaan diberikan rakyat negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Tuduhan seperti ini bukanlah pertama kali dilemparkan terhadap kepimpinan negeri dan ia adalah mainan pembangkang yang cemburu dengan kejayaan yang dicapai setelah BN menerajui Melaka.

“Suka saya menegaskan bahawa barisan pemimpin kerajaan negeri Melaka tidak terkesan dengan sebarang tohmahan yang bersifat spekulasi serta tidak berasas ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata beliau memberi jaminan tidak akan ada sebarang tindakan yang mengkhianati mandat rakyat seperti undi tidak percaya.

Malah katanya, barisan kepimpinan akan terus berusaha keras memastikan Melaka terus stabil memberi kemakmuran kepada rakyatnya.

“Fokus kini adalah memberi sepenuh tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang dengan memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi.

“Pimpinan akan berusaha keras memastikan jentera pilihanraya BN di semua peringkat dalam keadaan siap sedia menghadapi PRU.

“Saya juga menyeru semua kepimpinan BN di semua peringkat tidak terpengaruh dengan tohmahan ini serta kekal fokus demi mencapai kemenangan di PRU akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

791
Kongsi :
Previous post PM Ismail Sabri ucap takziah atas pemergian Shinzo Abe
Next post Elak provokasi ‘Sang Bedal’ Pantai Siring – Perhilitan
Ubah saiz-+=