Elak provokasi ‘Sang Bedal’ Pantai Siring – Perhilitan

Masa Membaca:57 Saat

SERKAM 8 Julai – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka meminta orang ramai khususnya di sekitar Pantai Siring berhati-hati dalam melakukan aktiviti air di kawasan itu.

Ia berikutan terdapat kelibat seekor buaya berlegar-legar di kawasan seperti yang tular menerusi satu rakaman video hari ini.

Pengarah Perhilitan Melaka Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, mereka yang melakukan aktiviti air seperti berkayak dan memancing di kawasan itu dinasihatkan mengambil langkah waspada iaitu mengelakkan pertembungan dengan spesies Reptilia itu.

“Kalau boleh minta mereka yang menjalankan aktiviti di air elak daripada bertembung dengan buaya ini dan kalau boleh jangan lakukan sebarang provokasi demi keselamatan mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas mengenai buaya yang dirakam orang awam itu, Mohd. Firrdhaus berkata, ia merupakan daripada spesies Crocodylus porosus atau buaya tembaga.

Katanya, buaya spesies itu biasanya menjadikan muara-muara sungai sebagai habitatnya kerana ia boleh bertoleransi dengan air tawar dan air masin.

“Kawasan ini (Pantai Siring) sememangnya kawasan yang merekodkan kehadiran buaya kerana sebelum ini juga kita pernah menyelamat seekor buaya yang tersangkut pada jaring nelayan pada 4 Jun tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1550
Kongsi :
Previous post Ab Rauf nafi politik Melaka bergolak
Next post SMK Hang Kasturi bakal terima pengiktirafan Microsoft
Ubah saiz-+=