
Abang polis bonceng pak cik sakit mata ke klinik
BENTONG 28 Mei – Dua anggota daripada Balai Polis Karak, Bentong, Pahang, membantu seorang lelaki yang mengalami masalah penglihatan akibat sakit mata mendapatkan rawatan di klinik.
Menerusi perkongsian Facebook Polis Bentong, ketika kejadian jam 3 petang, 26 Mei lalu, Koperal Firdaus Alias dan Konstabel Aiman Mat Nor sedang menjalankan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) terserempak dengan seorang lelaki tempatan berusia 60-an di tepi jalan.
Selepas dihampiri lelaki terbabit memaklumkan kedua-dua belah matanya sakit dan tidak boleh terus menunggang motosikalnya.
Susulan itu anggota terbabit membawa lelaki berkenaan ke Klinik Kesihatan Karak untuk mendapatkan rawatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SISA DAPUR JADI BAJA, BERPOTENSI JANA EKONOMI KELUARGA
AYER LIMAU 10 September - Pertanian organik dilihat bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang, malah mampu menjadi alternatif kepada masyarakat...
WRUR AYER LIMAU: RESAH SETIAP KALI RIBUT PETIR BERAKHIR, PENDAWAIAN ELEKTRIK UZUR DIGANTI BAHARU
AYER LIMAU 9 September - Risau berlaku litar pintas akibat pendawaian elektrik rumah yang sudah uzur, Muhammad Adlan Hanif Mohd...
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...

