AccFest2020 dalam talian bantu pelajar di rumah

Masa Membaca:59 Saat

MERLIMAU 17 Nov. – Program Accounting Festival 2020 (AccFest2020) secara dalam talian merupakan alternatif bagi membantu pelajar terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Usaha itu dilaksana menerusi Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Merlimau (PMM) bersama pelajarnya, baru-baru ini.

Pengarah PMM Mohd Hatta Zainal berkata, walaupun terdapat kekangan melaksanakan aktiviti secara fizikal, namun ia bukan penghalang menjayakan program.

“Program secara dalam talian ini memberi fokus kepada para pelajar yang tidak berada di kampus, sebaliknya di rumah atau di tempat tinggal masing-masing.

MOHD Hatta

“Disebabkan pandemik COVID-19, pensyarah JP terpaksa merancang segala aktiviti secara dalam talian mengikut keperluan semasa,” katanya pada majlis penutup menerusi Facebook rasmi PMM di Bilik Technology Enable Class Room (TEC), JP.

Katanya, ia sedikit sebanyak menjadi titik perubahan kepada PMM khususnya pelajar untuk mengamalkan norma baharu dan bersikap progresif dalam apa jua keadaan.

“AccFest 2020 menyediakan persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif dalam kalangan pelajar selain mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan atau kerja amali di kelas,” katanya.

Terdapat beberapa pertandingan diadakan seperti Financial Statement Analysis Project, Virtual Audit Challenge, Mini Polyskills, Excel Accounting Challenge, Virtual Go DAT dan Online Malaysian Tax Competition.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Kecewa PPR Klebang ‘lewat siap’
Next post MMACP fokus program maya tarik pelancong
Ubah saiz-+=